Garmin bukan sekadar menyediakan peranti untuk tujuan navigasi sahaja, sebaliknya pada CES 2014 minggu ini, mereka turut sama memperkenalkan peranti boleh-pakai mereka yang tersendiri, dinamakan sebagai VivoFit.
Pengenalan VivoFit ini sekaligus meletakkan Garmin dalam arena persaingan sihat antara Fitbit, Nike FuelBand dan beberapa yang lain.
VivoFit ini membolehkan pengguna memantau pelbagai aktiviti termasuk gerakan, langkah perjalanan dan sebagainya. Kemudiannya, data tersebut boleh dilihat dalam bentuk menarik, dan menetapkan beberapa objektif menggunakannya.
Garmin turut mengatakan VivoFit boleh mempelajari aktiviti harian pengguna dan mencadangkan aktiviti kecergasan yang sesuai dengannya.
Garmin Vivofit ini hadir dalam beberapa pilihan warna, dan dijangka akan dijual bermula Mac ini.