Cari @ Amanz

Gorilla Glass Anti-BakteriaPada hari ini, boleh dikatakan penggunaan skrin sentuh membuatkan bukan sahaja kesan cap jari dan sebagainya melekat pada skrin, tetapi turut menyertainya adalah pelbagai jenis bakteria.

Untuk mengatasinya, kini pihak Corning mengumumkan Gorilla Glass yang hadir dengan sebuah agen anti-bakteria dinamakan ionic silver. Penggunaannya dikatakan akan mengatasi hampir kesemua jenis bakteria, dan penggunaan ionic sliver tidak hilang seperti penggunaan penyembur anti-bakteria di pasaran hari ini.

Buat masa ini, ia dikatakan sedang diuji dengan beberapa pengeluar. Mungkin kita akan dapat melihat penggunaannya pada peranti mudah-alih baru tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd