Cari @ Amanz

Setiap tahun, pihak Apple akan mengadakan jualan bersempena dengan Tahun Baru Cina dinamakan sebagai “Red Friday”, dan untuk tahun ini ia akan mengambil tarikh 10 Januari ini, iaitu pada hari Jumaat ini.

Apple RedFriday

Melalui acara yang hanya diadakan untuk tempoh 24 jam, Apple dijangka akan menyediakan pelbagai potongan harga untuk peranti-peranti keluaran mereka. Pada tahun lepas, pihak Apple menyediakan potongan harga untuk iPad, iPod Touch dan juga iPod Nano (dalam kategori peranti mudah-alih).

Bagi anda yang bercadang mendapatkan peranti atau aksesori daripada Apple dalam masa terdekat, mungkin boleh nantikan pada tarikh 10 Januari ini untuk melihat apakah tawaran yang dibawakan oleh mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd