Cari @ Amanz

Nokia telah sedia memasarkan produk Lumia mereka dengan meluas, dan perkara ini sekaligus menyumbang kepada penambahan pengguna pada platform Windows Phone dari hari ke hari.

Daripada apa yang dikongsikan pihak IDC, Windows Phone kini merupakan platform operasi kedua terbesar di lebih kurang 14 pasaran, termasuk di Malaysia. Pada masa yang sama, lebih peranti Windows Phone dipasarkan di Malaysia berbanding iPhone, sekaligus memperlihatkan permintaan untuk produk tersebut.

Seperti semua sedia maklum, Lumia 520 merupakan salah satu telefon pintar yang digunakan ramai diseluruh dunia disebabkan oleh harganya.

Nokia sendiri kini bergerak pantas dalam memperkenalkan telefon pintar Lumia mereka ke pasaran tempatan. Antara yang telah dilancarkan di Malaysia baru-baru ini adalah Lumia 525 dan juga Lumia 1520.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd