Razer Turut Menyertai Persaingan Gegelang Tangan Pintar Melalui “Nabu”

Razer Turut Menyertai Persaingan Gegelang Tangan Pintar Melalui “Nabu”

Diterbitkan pada Jan 8, 2014 oleh .

Dengan beberapa pengeluar memperkenalkan gegalang tangan pintar memfokuskan kecergasan, pihak Razer dilihat turut tidak ingin ketinggalan, dan memperkenalkan produk mereka tersendiri dinamakan “Nabu”.

Razer Nabu

Razer Nabu ini dilihat boleh dihubungkan ke telefon pintar pengguna, dan kemudiannya ia boleh menerima beberapa notifikasi, termasuk panggilan dan uga mesej. Sensor untuk tujuan pengesan gerakan, memantau masa tidur dan sebagainya turut disertakan dan pihak Razer dilihat menjanjikan masa penggunaan bateri sehingga 7 hari lamanya.

Pada masa yang sama, pihak Razer turut mengumumkan program pembangun, membolehkan mereka yang berminat untuk membangunkan aplikasi untuk Nabu, sekaligus menambah lagi fungsi penggunaannya.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh diberikan. Namun, sekiranya anda pembangun, boleh mendapatkan Razer Nabu ini melalui program Razer pada harga $49 (~RM160). Harap-harap harga untuk pengguna umum tidak jauh bezanya dengan harga untuk pembangun ini.


TIPS & ULASAN