Yahoo! Mengambil-Alih Aplikasi Android – Aviate

Yahoo! Mengambil-Alih Aplikasi Android – Aviate

Diterbitkan pada Jan 8, 2014 oleh .

Marissa Mayer hari ini mengambil pentas utama di CES 2014, dan berkongsi beberapa perkara menarik berkaitan Yahoo! termasuk pada masa yang sama mengumumkan pengambil-alihan Aviate.

Yahoo! CES 2014

Aviate merupakan salah satu aplikasi Android yang mengubah paparan homescreen pada telefon pintar pengguna mengikut masa dan lokasi – sekaligus menjadikannya relevan untuk pengguna.

Pengambil-alihan ini bakal membolehkan Yahoo! menambah-baik sokongan carian mereka, disamping membantu pengguna dengan memaparkan informasi yang relevan sentiasa.

Harga pengambil-alihan tidak diumumkan, dan aplikasi Aviate masih ditawarkan di Google Play Store buat masa ini. Namun untuk menggunakannya, pengguna memerlukan kod khas memandangkan ia masih pada peringkat beta.


TIPS & ULASAN