Cari @ Amanz

Yahoo! News Digest Ingin Memudahkan Pengguna Mengikuti Berita Harian

Oleh Aman

Link Copied!

Yahoo! sebelum ini telah mengambil-alih sebuah aplikasi menarik dinamakan sebagai Summly yang memfokuskan kepada meringkaskan berita dan mengoptimasikannya untuk peranti mudah-alih. Kini, perkhidmatan tersebut dilahirkan semula dengan nama Yahoo! News Digest.

Yahoo! News Digest

Yahoo! News Digest memfokuskan kepada memudahkan pengguna mengikuti perkembangan dan berita harian dengan mudah, disamping pada masa yang sama menjadikan pembacaan menarik dan mudah pada peranti mudah-alih.

Ia dilihat aplikasi ini hanya ditawarkan untuk pengguna iOS buat masa ini, dan terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat sahaja. Tidak diketahui lagi berkenaan bilakah aplikasi ini akan diperkenalkan kepada pengguna global termasuk Malaysia.


Komen ()