Project Christine : Konsep PC Modular Dari Razer
Artikel Berkaitan

Project Christine : Konsep PC Modular Dari Razer

Diterbitkan pada Jan 8, 2014 oleh .

Rekaan PC desktop modular bukanlah perkara baru tetapi walaupun sudah wujud selama lebih kurang 5 tahun rekaan kerangka PC sebegini masih belum popular. Sebentar tadi Razer memperlihatkan konsep kerangka PC modular mereka yang diberi nama Project Christine. Kerangka ini mensasarkan golongan pengguna PC yang kerap mengubah perkakasan mereka. Sistem tanpa kabel dan modular Project Christine memudahkan perkakasan lama diganti dengan perkakasan lebih baru. Razer berkata kerangka ini paling mesra pengguna kerana mudah dipasang dan menyokong sistem quad-SLI. Selain rekabentuk modular kerangka ini turut dilengkapi skrin sesentuh LCD pada bahagian hadapan, sistem penyejuk menggunalan cecair dan pencahayaan LED yang menarik. Kami sudah membina PC hampir 20 tahun dan kami harus bersetuju bahawa kerja menggantikan perkakasan lama dengan baru adalah sangat leceh sekarang. Harapannya sistem yang direka ini akan digunakan dengan lebih meluas dan dijual pada harga yang mesra pengguna.

razers Attachment-1-610x370 image003

Sumber Project Christine


TIPS & ULASAN