Swatchmate Cube : Kiub Memilih Warna Dunia Sebenar Untuk Karya Digital

Swatchmate Cube : Kiub Memilih Warna Dunia Sebenar Untuk Karya Digital

Diterbitkan pada Jan 8, 2014 oleh .

Dunia dipenuhi dengan berbillion warna. Jika anda seorang pereka grafik pemilihan warna adalah penting bagi memastikan rekaan anda bukan sahaja cantik astetik malahan menarik perhatian pemerhati. Di dalam Photoshop terdapat alat yang diberi nama eyedropper yang membolehkan anda memilih warna dari mana-mana gambar dan kemudiannya disimpan di dalam carikkan warna peribadi anda. Masalahnya kerap kali warna yang anda cari tidak boleh diambil dari gambar kerana anda mendapat inspirasi dari dunia fizikal. Apakah yang boleh anda lakukan bagi mendapatkan warna dari dunia sebenar?

Swatchmate Cube ialah alat yang anda nantikan selama ini. Ianya bolehlah dikatakan alat eyedropper versi dunia sebenar. Kiub kecil dilekapkan pada permukaan yang mempunyai warna yang anda mahukan dan ianya akan menyimpan warna tersebut ke peranti pintar anda. Warna yang disimpan kemudian boleh dihantar terus ke perisian grafik yang anda mahu dan digunakan untuk karya seni anda. Swatchmate Cube sedang mengumpul dana untuk penhasilan secara komersil. Jika anda berminat untuk memilikinya sila ke laman indiegogo mereka.

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=lpmBGs_qOt4]

razers swatchmatecolorcapturingcube


TIPS & ULASAN