Cari @ Amanz

Pihak Lazada telah sedia mengambil pra-tempahan untuk telefon pintar terbaru daripada Motorola, iaitu Moto G. Kini, ia dilihat peranti berkenaan akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada 16 Januari kelak.

Moto G Malaysia

Motorola Moto G merupakan salah satu peranti baru daripada Motorola pada harga mampu milik, disamping menerima pujian ramai kerana sokongan untuknya dan juga harga jualannya.

Motorola Moto G membawakan skrin bersaiz 4.5-inci, cip pemprosesan empat-teras, dan dilengkapi Android 4.3 Jelly Bean. Pihak Motorola juga telah mula memperkenalkan kemaskini KitKat untuk peranti ini.

Daripada apa yang disenaraikan oleh Lazada, peranti ini bakal dijual pada harga bermula RM698 di Malaysia untuk 8GB. Seperti biasa, kami akan membawakan kemaskini langsung daripada acara pelancaran ia kelak di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd