Cari @ Amanz

Uber telah memulakan ujian perkhidmatan “pemandu peribadi” mereka di Malaysia sejak penghujung tahun lepas, dan hari ini perkhidmatan tersebut dilancarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan.

Buat masa ini, perkhidmatan Uber hanya meliputi sekitar Kuala Lumpur sahaja, sekaligus menjadikan Kuala Lumpur bandar yang ke-enam di Asia ditawarkan dengan perkhidmatan Uber.

Bagi yang tidak mengenali Uber, ia menyediakan sebuah aplikasi untuk peranti mudah-alih, membolehkan pengguna membuat tempahan “pemandu peribadi” anda tersendiri menggunakan pilihan kereta mewah.

Untuk pasaran Malaysia, antara pilihan kereta yang ditawarkan adalah termasuk Toyota Camry, Nissan Teana, Mercedes S-Class atau E-Class, dan juga BMW 7-Series.

Harga yang dikenakan pula adalah agak premium dan bergantung kepada jarak dan masa perjalanan. Beberapa contoh yang diberikan oleh Uber adalah dimana perjalanan dari KLCC ke Jalan Bukit Bintang dikenakan caj sekitar RM13 ke RM15, sementara caj dari KL ke KLIA dikenakan bayaran tetap sebanyak RM300. Mengikut pengiraan Uber, mereka mengenakan caj minima RM7, dan mengenakan tambahan RM0.30 untuk setiap minit DAN RM2 untuk setiap kilometer.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd