Yahoo! Mengaktifkan Sokongan HTTPS Pada Yahoo! Mail Kepada Semua

Yahoo! Mengaktifkan Sokongan HTTPS Pada Yahoo! Mail Kepada Semua

Diterbitkan pada Jan 8, 2014 oleh .

Yahoo! MailYahoo! hari ini selain memperkenalkan beberapa perkara baru, mereka turut sama mengumumkan pengaktifan sokongan HTTPS pada Yahoo! Mail untuk semua pengguna.

Menurut Yahoo!, kini sokongan sekuriti HTTPS diaktifkan sama ada anda mengakses melalui web, aplikasi mudah-alih, IMAP, SMTP ataupun lain-lain menggunakan sijil enkripsi 2048-bit.

Kemaskini untuk Yahoo! Mail ini hadir selepas pihak Yahoo! sebelum ini mengumumkan ruangan percuma sehingga 1TB dan kemaskini antaramuka web untuk perkhidmatan emel tersebut.


TIPS & ULASAN