ZTE Turut Menyertai Arena Jam Tangan Pintar – Memperkenalkan ZTE BlueWatch

ZTE Turut Menyertai Arena Jam Tangan Pintar – Memperkenalkan ZTE BlueWatch

Diterbitkan pada Jan 8, 2014 oleh .

ZTE BlueWatchZTE pada CES 2014, selain memperkenalkan telefon pintar baru, mereka turut sama memperkenalkan peranti-boleh-pakai, yang mana merupakan sebuah jam tangan pintar yang dinamakan sebagai ZTE BlueWatch.

ZTE BlueWatch menggunakan paparan berasaskan e-paper – lebih kurang menyerupai Pebble. Selain daripada itu, ia turut hadir dengan sokongan pengecasan berasaskan USB, disamping membawakan sokongan penyambungan ke telefon berasaskan Bluetooth, dan seperti beberapa jam tangan pintar lain, ia turut menggunakan sebuah aplikasi khas pada telefon pintar.

Buat masa ini, harga jualan untuk BlueWatch ini tidak diketahui lagi, tetapi menurut ZTE ia akan dipasarkan pada tahun ini.


TIPS & ULASAN