Cari @ Amanz

U Mobile hari ini dilihat mengemaskini pelan Unlimited Mobile Internet mereka, dimana kini pelan data UMI28 dan juga UMI38 menawarkan penggunaan data sehingga 1GB pada kelajuan tinggi.

Kedua-dua pelan tersebut sebelum ini hanya menawarkan penggunaan sehingga 500MB sahaja pada kelajuan tinggi, sementara penggunaan tanpa had pada kelajuan yang dikurangkan.

UMI U Mobile

Bersama-sama perubahan ini, ia dilihat penggunaan masa panggilan dikurangkan. UMI28 yang sebelum ini menawarkan masa panggilan sehingga 100 minit diubah menjadi hanya 50 minit sahaja, sementara UMI38 diubah daripada 200 minit kepada 150 minit.

Perubahan ini mungkin salah satu perubahan yang dinantikan pengguna, dimana kini boleh dikatakan lebih ramai menggunakan data berbanding panggilan suara mahupun SMS.

Perubahan ini hadir daripada pihak U Mobile, selepas memperkenalkan sokongan rangkaian 4G pada penghujung tahun lepas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd