SKMM Memilih Puncak Semangat Untuk Menguruskan Dan Mengoperasi Perkhidmatan DTTB

SKMM Memilih Puncak Semangat Untuk Menguruskan Dan Mengoperasi Perkhidmatan DTTB

Diterbitkan pada Jan 8, 2014 oleh .

SKMMSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dilihat hari ini telah memilih syarikat Puncak Semangat Sdn Bhd untuk membina, mengoperasi dan menguruskan infrastruktur untuk DTTB (Digital Terrestrial Television Broadcast) di Malaysia.

DTTB merupakan evolusi untuk penyiaran saluran televisyen, dimana ia mengurangkan penggunaan spektrum, disamping pada masa yang sama menawarkan kualiti gambar yang baik. DTTB juga turut dikatakan akan mengurangkan kos untuk penyiaran dan juga transmisi berbanding kos operasi biasa.

Dengan memenangi bidaan ini, Puncak Semangat akan membangunkan infrastruktur untuknya, serta menyediakan hab multimedia digital dan transmitter di seluruh negara. Untuk permulaan, ia dijangka akan menyokong sehingga 15 saluran definisi tinggi, ataupun 45 saluran biasa melaluinya.

Bagi fasa permulaan, pemindahan ke arah digital ini akan melibatkan saluran milik keraajaan dan swasta, termasuk RTM1, RTM2, TV3, NTV7, 8TV, TV9, AlhijrahTV, dan BernamaTV.

Pengenalan perkhidmatan pertama DTTB ini dijangka akan dimulakan pada suku ketiga 2014 ini, dan dimulakan dengan beberapa kawasan utama.


TIPS & ULASAN