Pelanggan Hotlink Kini Turut Boleh Menikmati Rangkaian 4G LTE

Pelanggan Hotlink Kini Turut Boleh Menikmati Rangkaian 4G LTE

Diterbitkan pada Jan 9, 2014 oleh .

Maxis telah memperkenalkan rangkaian 4G LTE untuk pengguna pascabayar mereka pada permulaan tahun 2013, dan kini selang setahun selepasnya, pihak Maxis kini turut menawarkan sokongan rangkaian 4G LTE untuk pengguna prabayar Hotlink.

Hotlink 4G LTE

Dengan rangkaian 4G, Hotlink menawarkan kelajuan sehingga 75Mbps dengan purata kelajuan sekitar antara 10Mbps ke 30Mbps. Ia membolehkan pengguna menghabiskan tugasan mereka termasuk memuat-turun, memuat-naik dan berkongsi pelbagai perkara dengan lebih pantas berbanding sebelum ini.

Ia dilihat pengguna Hotlink yang melanggan pakej bulanan 1GB atau 3GB sahaja yang dapat menggunakan rangkaian 4G LTE ini, sementara pengguna lain masih akan kekal dengan rangkaian sedia ada. Seperti biasa, pengguna juga turut memerlukan peranti yang menyokong rangkaian 4G LTE untuk dapat menggunakannya.

Pihak Maxis dilihat menawarkan sokongan penukaran kad-SIM secara percuma untuk versi LTE, dan bersempena dengan pengenalan ini mereka turut menawarkan 50% lebih data untuk pelan 1GB dan juga 3GB (sehingga 28 Februari 2014).

Rangkaian 4G LTE Maxis kini meliputi beberapa bandar utama, termasuk antaranya adalah sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang, dan Johor.

Layari : Hotlink 4G LTE


TIPS & ULASAN