Lebih Daripada Satu Telefon Ubuntu Akan Hadir Pada Tahun Ini

Lebih Daripada Satu Telefon Ubuntu Akan Hadir Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada Jan 9, 2014 oleh .

Telefon berasaskan kepada Ubuntu Touch sedia dinantikan ramai sejak tahun lepas, dan berkongsi mengenainya, kini Canonical mengatakan lebih daripada satu telefon akan hadir pada tahun ini.

Perkara ini selari dengan perkongsian pihak Canonical sejak tahun lepas. Sebelum ini Mark Shuttleworth pernah berkongsi satu peranti berspesifikasi tinggi akan hadir dari salah satu pengeluar terkemuka pada tahun ini.

Siapakah pengeluarnya masih menjadi tanda tanya buat masa ini. Beberapa ura-ura mengatakan Meizu dari China akan hadir dengan salah satu telefon pintar Ubuntu pada tahun ini.


TIPS & ULASAN