Carian
Google Maps Street View Telah Meliputi Lebih 53,000km Di Malaysia
January 9, 2014 Aman

Sejak memulakan pengumpulan data untuk Google Maps Street View pada bulan September 2013 yang lepas, pihak Google kini berkongsi mengatakan mereka telah meliputi kawasan sepanjang 53,000 kilometer.

Menurut Google, pada suku tahun lepas sahaja, mereka telah meliputi Pulau Pinang, Melaka, Putrajaya, Ipoh, Taiping, Cameron Highlands, Kluang, Kota Tinggi, Batu Pahat, Pasir Gudang, Kuantan, Temerloh, dan juga Mentakab.

Google tidak berhenti disitu sahaja, dimana pada bulan ini mereka akan ke Kuala Selangor dan Terengganu, disamping turut ke Alor Star, Kota Bharu, Tumpat, dan beberapa kawasan sekitar Perak, Kedah, Perlis serta Kelantan.

Selain kawasan sekitar jalan raya, Google Maps Street View turut dilihat telah meliputi lebih 80 kawasan tarikan pelancong, termasuk rakaman gambar didalam bangunan di beberapa muzium utama di Malaysia.

Pada hari ini, pengguna tempatan telah sedia dapat melihat beberapa tarikan utama di Malaysia melalui Google Maps Street View, dan mungkin kita akan dapat melihat data dikemaskini pihak Google dari masa ke semasa selepas ini.

Komen