BiblioTech Library : Perpustakaan 100% Digital Pertama Di Dunia

BiblioTech Library : Perpustakaan 100% Digital Pertama Di Dunia

Diterbitkan pada Jan 9, 2014 oleh .

Sejak kebelakangan ni jualan buku fizikal di Amerika Syarikat semakin berkurangan kerana pengguna lebih gemar membeli buku edisi elektronik. Selain daripada itu, buku digital juga dijual pada harga yang lebih murah. Ini mengakibatkan kedai buku ternama Borders mengisytiharkan diri mereka bankrap kerana jualan yang semakin menyusut. Oleh sebab itu di San Antonio Texas, Perpustakaan BiblioTech yang 100% digital dibuka.

Perpustakaan digital sepenuhnya pertama dunia ini dibina dengan harga USD 2.3 Juta dan hanya dilengkapi 48 iMac, 10 MacBook Pro dan 40 tablet iPad. Ia mempunyai koleksi 10 000 ebuku yang boleh dimuat turun oleh pengguna. Setiap pengunjung boleh meminjam 5 buah ebuku di dalam sebuah iPad pada satu-satu masa. Terdapat juga bilik bacaan khas untuk kanak-kanak dengan komputer skrin sesentuh Microsoft Surface.

Menurut BiblioTech, sambutan penduduk San Antonio sangat menggalakkan dan perpustakaan ini sentiasa penuh selepas waktu persekolahan. Menurut mereka juga kos jangka panjang pengurusan perpustakaan ini juga jauh lebih murah keran mereka tidak perlu membeli stok buku baru dan kemduian membesarkan bangunan bagi menempatkan buku yang dibeli.

Adakah perpustakaan digital bakal menggantikan perpustakaan tradisional sepenuhnya pada masa hadapan? Secara peribadi kami rasakan buku fizikal jauh lebih selesa dibaca dan sekiranya buku terjatuh keatas muka ketika dibaca dalam posisi berbaring, kebarangkalian muka akan tercedera adalah jauh lebih rendah!

Desktop514

Desktop514a Desktop514c

 


TIPS & ULASAN