Cari @ Amanz

Pada CES 2014, selain memperkenalkan phablet Ascend Mate 2, pihak Huawei turut sama memperlihatkan sebuah konsol permainan daripada mereka, yang mana hadir menggunakan Android yang dibangunkan khas oleh Huawei.

Huawei Tron

Dinamakan sebagai Huawei Tron, ia dijana menggunakan Android 4.2.3, dilengkapi cip pemprosesan Tegra 4, memori 2GB RAM, ruangan storan pilihan 16GB dan 32GB, serta hadir dengan port USB 3.0.

Huawei berfungsi lebih kurang seperti Ouya, membolehkan Huawei Tron dihubungkan ke televisyen, dan memainkan permainan video menggunakannya.

Konsol ini turut hadir dengan sebuah alat kawalan yang tersendiri, dimana menyerupai lebih kurang alat kawalan permainan Xbox dan juga PlayStation.

Huawei Tron ini dijangka akan dijual di China pada harga $120 (~RM393). Huawei masih tiada perancangan untuk memperkenalkannya untuk pasaran antarabangsa buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd