Cari @ Amanz

RoboCopBersempena dengan filem RoboCop yang akan dimainkan di pawagam tidak lama lagi, kini Glu Games telah pun menerbitkan permainan rasmi untuk filem tersebut – dimulakan dengan pengenalan permainan RoboCop untuk platform iOS.

Permainan RoboCop ini akan mengekalkan cerita seumpama pada filem tersebut, dan pengguna akan memainkan watak RoboCop dalam menembak musuh, menyelamatkan manusia, dan berperang dengan robot-robot yang lain.

Permainan RoboCop ini ditawarkan secara percuma, tetapi didatangkan dengan sokongan pembelian-dalam-aplikasi sekiranya pengguna ingin mendapatkan beberapa item dan sebagainya.

Versi Android untuk permainan ini bakal diterbitkan pada minggu hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd