Kemaskini Lumia Black Mula Diperkenalkan – Bermula Dengan Lumia 925 Dan Lumia 1020

Kemaskini Lumia Black Mula Diperkenalkan – Bermula Dengan Lumia 925 Dan Lumia 1020

Diterbitkan pada Jan 10, 2014 oleh .

Nokia hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan mula memperkenalkan kemaskini Lumia Black untuk pengguna peranti Windows Phone 8 mereka, sekaligus membawakan beberapa fungsi baru melaluinya.

Lumia Black

Daripada perkongsian pihak Nokia, Lumia Black membawakan beberapa fungsi menarik, dimana antaranya adalah;

  • App Folder – Membolehkan anda mengkategorikan beberapa aplikasi didalam sebuah folder yang sama menggunakan Tile di Start Screen.
  • Nokia Glance Screen 2.0 – Menambah informasi yang dipaparkan pada glance screen sekaligus memudahkan anda mengikuti sesuatu dengan lebih mudah.
  • Nokia Refocus – Aplikasi Nokia Refocus ditawarkan untuk pengguna peranti WP8 dengan memori lebih 1GB RAM. Menggunakannya pengguna boleh merakamkan gambar, dan memfokuskan kepada sesuatu perkara selepas rakaman.
  • Bluetooth LE – Membolehkan peranti Windows Phone 8 Lumia dihubungkan ke peranti Bluetooth lain dan menggunakan tenaga yang rendah berbanding kebiasaan.
  • Nokia Beamer – Membolehkan anda berkongsi dokumen, gambar, dan sebagainya ke skrin lain menggunakan Nokia Beamer. Seperti Refocus, ini uga terhad untuk peranti dengan memori 1GB RAM dan ke atas
  • Nokia Camera – Nokia Pro Camera dan Smart Camera disatukan pada satu aplikasi, dan kini turut menyertakan sokongan rakaman gambar RAW untuk Lumia 1020.
  • ….dan beberapa yang lain.

Lumia Black

Kemaskini Lumia Black ini telah sedia untuk dimuat-turun oleh pengguna Lumia 1020 dan juga Lumia 925 bermula hari ini. Model-model lain dijangka akan menerima kemaskini tersebut secara berperingkat dalam minggu-minggu akan datang.

Untuk memulakan proses kemaskini, anda hanya perlu ke halaman Settings, dan memilih Phone Update melaluinya.


TIPS & ULASAN