OneWheel – Papan Luncur Elektrik

OneWheel – Papan Luncur Elektrik

Diterbitkan pada Jan 10, 2014 oleh .

Bagi peminat filem “Back to the Future”, semestinya anda menantikan “Hoverboard”. Ia mungkin mengambil sedikit masa untuk direalisasikan. Dan sementara untuk menantikannya, kini sebuah projek yang menarik dalam arena papan luncur adalah OneWheel.

OneWheel

OneWheel merupakan projek papan luncur berasaskan elektrik, membawakan rekaan papan luncur menggunakan satu roda bersaiz besar pada bahagian tengah.

Untuk mengawalnya, pengguna hanya perlu condong ke arah hadapan untuk menjadikannya lebih pantas, dan ke belakang untuk menjadikannya perlahan.

Bagi kami sendiri, projek OneWheel ini kelihatan agak menarik. Namun, harganya boleh dikatakan agak mahal pada hari ini. Melalui laman KickStarter, pembangunnya telah memulakan pengumpulan dana, dimana untuk mendapatkan OneWheel, pengguna perlu menyumbang sekitar $1299.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh menyemak halaman KickStarter mereka hari ini.

Layari : Halaman OneWheel di KickStarter


TIPS & ULASAN