Cari @ Amanz

Facebook kini dilihat akan menamatkan pengiklanan Sponsored Stories mereka, dan mungkin akan hadir dengan bentuk pengiklanan baru tidak lama lagi. Facebook melalui kemaskini laman pengiklanan mereka, mengatakan akan menamatkan ia pada 9 April 2014 kelak.

Sponsored Stories

“Sponsored Stories” sebelum ini menjadi agak kontroversi disebabkan oleh bentuk pengiklanannya tersendiri. Ia menggunakan beberapa aktiviti pengguna pada perkhidmatan laman sosial berkenaan dan kemudiannya membolehkan pengiklan menggunakannya dalam mempromosi produk mereka. Sebagai contoh, sesuatu syarikat boleh mempromosikan jenama dan organisasi mereka menggunakan gambar dan aktiviti anda, seperti ketika anda “Like” sesuatu Page dan sebagainya.

Sebelum ini, pengiklanan “Sponsored Stories” telah menimbulkan beberapa kontroversi, malah ada yang mengambil tindakan mahkamah disebabkan bentuk pengiklanan ini.

Mungkin untuk mengurangkan kontroversi, pihak Facebook akan menamatkan bentuk pengiklanan tersebut bermula bulan April kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd