Aplikasi AppFolder Diterbitkan Untuk Lumia Pada Windows Phone Store

Aplikasi AppFolder Diterbitkan Untuk Lumia Pada Windows Phone Store

Diterbitkan pada Jan 10, 2014 oleh .

AppFolderBersama-sama pengenalan kemaskini Lumia Black, pihak Nokia turut membawakan fungsi baru dinamakan AppFolder. Menariknya, aplikasi tersebut turut ditawarkan dalam bentuk berasingan, memudahkan mereka yang masih belum menerima kemaskini Lumia Black untuk menggunakannya.

Melalui AppFolder, ia membolehkan pengguna menghimpunkan sejumlah aplikasi didalam suatu Tiles yang sama, sekaligus mengurangkan kadar Tiles pada skrin utama peranti.

Menggunakannya, pengguna boleh menamakan folder tersebut, dan apabila dibuka ia akan memaparkan senarai aplikasi didalamnya dalam bentuk senarai – sama seperti paparan senarai aplikasi didalam telefon anda.

Bagi pengguna Lumia yang menjalankan Windows Phone 8, anda boleh memuat-turun aplikasi ini di Windows Phone Store hari ini.

AppFolder

Muat-Turun AppFolder untuk Windows Phone 8


TIPS & ULASAN