Canonical Tiada Perancangan Untuk Ubuntu Touch Versi Jam Tangan Pintar Buat Masa Ini

Canonical Tiada Perancangan Untuk Ubuntu Touch Versi Jam Tangan Pintar Buat Masa Ini

Diterbitkan pada Jan 10, 2014 oleh .

Pada CES 2014 yang diadakan pada minggu ini, salah satu fokus utama daripada pelbagai pengeluar adalah peranti boleh-pakai dalam bentuk jam tangan pintar dan juga gegelang tangan pintar. Bercakap mengenainya, ia diketahui pihak Canonical tiada perancangan untuknya buat masa ini.

Ubuntu sedia diperkenalkan untuk beberapa peranti, termasuk televisyen, telefon pintar, dan tablet selain daripada versi komputer. Ia dikatakan sekiranya mereka memfokuskan kepada peranti dengan skrin kecil hari ini, ia akan mengambil lebih masa dan tenaga, sekaligus memberikan kesan kepada pembangunan mereka secara keseluruhannya.

Pada tahun ini, pihak Canonical mungkin lebih memfokuskan kepada telefon pintar berasaskan Ubuntu Touch. Ia sedia dikatakan beberapa pengeluar terkemuka akan hadir dengan peranti Ubuntu Touch. Desas-desus awal mengatakan Meizu mungkin salah satu daripadanya.

Walaubagaimanapun, tidak mustahil untuk kita melihat Canonical hadir dengan platform Ubuntu yang dioptimasikan untuk skrin kecil dalam beberapa tahun lagi.


TIPS & ULASAN