Alcatel OneTouch Hero Di Malaysia Pada Penghujung Januari Ini

Alcatel OneTouch Hero Di Malaysia Pada Penghujung Januari Ini

Diterbitkan pada Jan 10, 2014 oleh .

Alcatel OneTouch sebelum ini telah memulakan jualan OneTouch Idol S di Malaysia pada minggu ini. Selain peranti berkenaan, mereka juga turut merancang untuk memperkenalkan sebuah phablet untuk pasaran Malaysia pada penghujung bulan ini.

Alcatel One Touch Hero

Dinamakan sebagai Alcatel OneTouch Hero, ia membawakan skrin bersaiz 6-inci IPS HD penuh, cip pemprosesan 1.5GHz Empat-Teras, kamera belakang 13-megapixel, serta bateri berkapasiti 3400mAh.

Seperti beberapa phablet di pasaran, Alcatel OneTouch Hero turut hadir dengan sebuah stylus yang membolehkan pengguna mencatatkan nota, memo dan membuat lakaran menggunakannya. Sebuah MagicFlip Cover turut bakal ditawarkan bersama-sama peranti ini kelak. Dan bagi mereka yang tidak selesa dengan telefon bersaiz besar, sebuah peranti pelengkap turut hadir, yang membolehkan anda menjawab panggilan dan dihubungkan ke OneTouch Hero menggunakan Bluetooth.

Buat masa ini, harga jualannya masih tidak diketahui lagi. Mungkin kita akan mendengar mengenainya pada penghujung bulan ini.


TIPS & ULASAN