Fail Pembangunan Awal Android KitKat Untuk Galaxy S4 Tertiris

Fail Pembangunan Awal Android KitKat Untuk Galaxy S4 Tertiris

Diterbitkan pada Jan 11, 2014 oleh .

Sejak pengenalan Android 4.4 KitKat pada tahun lepas, semestinya ramai pengguna di seluruh dunia menantikan kemaskini tersebut untuk peranti mereka. Untuk pengguna Samsung Galaxy S4, ia dilihat gergasi dari Korea Selatan berkenaan sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan kemaskini tersebut tidak lama lagi.

Samsung Galaxy S4 KitKat

Samsung dilihat sedang menguji Android 4.4 KitKat untuk Galaxy S4 buat masa ini, dan fail pemasangan awalnya tertiris membolehkan mereka yang ingin mencubanya memuat-turun dan memasang pada peranti mereka.

Daripada apa yang dilihat, ia kini membawakan beberapa perubahan kosmetik kecil pada antaramuka. Bar navigasi kini menggunakan ikon berwarna putih, disamping turut menyertakan rekaan sedikit lutisnar seperti dibawakan oleh KitKat.

Disamping itu,ia juga kini membawakan akses pantas ke kamera, selain beberapa perubahan termasuk pada papan kekunci dan sebagainya.

Senarai penuh perubahan yang disertakan tidak diketahui lagi memandangkan ia masih belum rasmi daripada pihak Samsung. Apa pun, bagi anda yang ingin mengambil risiko dan mencubanya, boleh memuat-turun fail pemasangan tersebut dari laman SamMobile hari ini.


TIPS & ULASAN