HP Akan Memperkenalkan Telefon Pintar Android – Menyasarkan Negara Membangun

HP Akan Memperkenalkan Telefon Pintar Android – Menyasarkan Negara Membangun

Diterbitkan pada Jan 11, 2014 oleh .

Nama HP sedia terkenal dalam arena perkomputeran, selain mana pada tahun lepas mereka turut hadir dengan tablet berasaskan Android. Kini, ia dikatakan Hewlett-Packard turut akan hadir dengan telefon pintar berasaskan Android – berkemungkinan seawal minggu hadapan.

Telefon pintar HP dikatakan akan memfokuskan kepada pengguna di negara-negara membangun, yang mana akan membawakan harga yang rendah dan mungkin hanya dilengkapi dengan spesifikasi peranti pertengahan.

Spesifikasi penuh peranti berkenaan tidak diketahui, tetapi dikatakan mungkin menyerupai peranti bersaiz 5.5-inci daripada Samsung.

Apa pun, sama-sama kita nantikan bagaimanakah telefon pintar daripada HP akan kelihatan kelak.


TIPS & ULASAN