Kerusi roda yang dikawal menggunakan motor bukan sesuatu yang baru. Menyertai arena sama adalah salah satu syarikat dinamakan Whill dengan kerusi roda dengan rekabentuk moden dan membawakan kawalan yang mudah menggunakannya.
Projek Whill ini dimulakan oleh jurutera dari beberapa syarikat terkemuka, termasuk dari Sony, Olympus dan juga Toyota.
Whill selain membawakan rekaan yang moden, mereka juga memfokuskan kepada kaedah kawalan menggunakan tangan yang mudah. Pengguna boleh mengawalnya seperti menggunakan sebuah tetikus, sekaligus membolehkan ia dikawal dengan hanya sebelah tangan sahaja.
Whill juga turut dilihat memberikan keselesaan kepada penggunanya, disamping membawakan keseimbangan yang amat baik pada pelbagai bentuk muka bumi.
Ia kini pada peringkat pembangunan awal, dan bakal dipasarkan kepada umum bermula April kelak. Whill dijangka akan dijual pada harga $9500 (~RM31060) kepada umum, dan sedia untuk di pra-tempah hari ini.