Jelly Bean Kini Meliputi 59.1% Daripada Peranti Android Seluruh Dunia

Jelly Bean Kini Meliputi 59.1% Daripada Peranti Android Seluruh Dunia

Diterbitkan pada Jan 12, 2014 oleh .

Setiap bulan, pihak Google mengemaskini statistik penggunaan Android, sekaligus memudahkan para pembangun untuk mengoptimasikan aplikasi mereka untuk pengguna majoriti.

Mengikut statistik penggunaan pertama yang dikeluarkan Google untuk tahun 2014 ini, ia dilihat penggunaan Jelly Bean terus meningkat dan kini secara keseluruhan meliputi 59.1% peranti di seluruh dunia.

Google Android Jan 2014

Pada masa yang sama, penggunaan Android 4.4 KitKat turut meningkat, dan kini berjumlah sebanyak 1.4% daripada peranti Android.

Penggunaan versi kedua terbesar masih dipegang oleh Gingerbread, iaitu 21.2% dan diikuti oleh Ice Cream Sandwich pada tempat ketiga dengan 16.9%.

Mungkin dalam bulan-bulan akan datang kita akan dapat melihat penggunaan KitKat terus meningkat, apatah lagi dengan beberapa pengeluar telah sedia menggunakannya pada peranti baru, disamping kemaskini untuknya yang bakal diperkenalkan untuk peranti sedia ada.


TIPS & ULASAN