Projector 4K Pancaran Ultra Pendek Sony Diperkenalkan

Projector 4K Pancaran Ultra Pendek Sony Diperkenalkan

Diterbitkan pada Jan 13, 2014 oleh .

Di CES yang baru sahaja berlalu, kebanyakkan pengeluar memperlihatkan televisyen besaiz melebihi 100 inci kepada umum. Sony cuba lari dari trend terkini ini dengan memperlihatkan Sony Ultra Short Throw Projector. Projektor 4K dengan jarak pancaran ultra pendek ini mampu menghasilkan imej yang mencecah 147 inci. Yang menarik tentang projektor ini ia hanya memerlukan ruang sejauh 50 sentimeter diantara projektor dan permukaan dimana imej akan dipancarkan.

Unit projektor ini turut mempunyai sistem speaker serta kabinet terbina dan kelihatan seperti sebuah meja biasa di ruang tamu apabila tidak digunakan. Projektor ini turut menyokong perkhidmatan Netflix dan Video Unlimited Sony. Menurut Sony sistem diod laser yang digunakan dapat menghasilkan pancaran gambar yang lebih terang dan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang berbanding sistem mentol yang digunakan projektor di pasaran sekarang.

Kepada yang berminat projektor ini akan mula dijual di bermula musim panas ini dengan harga jualan sekitar RM 98 ribu ringgit. Harga yang melampau tetapi tidak semelampau televisyen 110 inci 4K Samsung yang kami laporkan minggu lalu.

Sony_4K_Ultra_Short_Throw_Projector_2-600x398

Sony-4K-Ultra-Short-Throw-Projector-4 SonyUltraProjectorFilm


TIPS & ULASAN