Versi Pembangunan Android 4.4.2 KitKat Untuk Galaxy Note 3 Tertiris

Versi Pembangunan Android 4.4.2 KitKat Untuk Galaxy Note 3 Tertiris

Diterbitkan pada Jan 13, 2014 oleh .

Selain daripada versi pembangunan Android 4.4 KitKat untuk Galaxy S4 yang tertiris sebelum ini, kini variasi untuk Galaxy Note 3 turut hadir ke arena web, membolehkan sesiapa yang berminat untuk memuat-turun dan mengujinya.

Memandangkan ia masih lagi versi pembangunan, maka mungkin lebih banyak fungsi akan ditambah pada versi akhir kelak.

Daripada apa yang dilihat, ia membawakan sedikit perubahan dari segi antaramuka termasuk bar navigasi dengan ikon berwarna putih, perubahan kecil pada lockscreen, dan beberapa perubahan lain.

Bagi anda yang ingin mengambil risiko dan mencubanya, boleh memuat-turun ia pada laman SamMobile hari ini dan memasangnya pada Galaxy Note 3 anda.


TIPS & ULASAN