Sony Membuka Pra-Daftar Untuk Xperia Z1 Compact Pada Web Rasmi

Sony Membuka Pra-Daftar Untuk Xperia Z1 Compact Pada Web Rasmi

Diterbitkan pada Jan 13, 2014 oleh .

Sony pada minggu lepas telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, dinamakan sebagai Xperia Z1 Compact. Daripada apa yang kami lihat pada web rasmi Sony Mobile Malaysia, nampaknya syarikat elektronik berkenaan telah membuka pra-daftar untuk peranti terbaru mereka tersebut.

Xperia Z1 Compact Pre-Register

Xperia Z1 Compact merupakan versi mini telefon pintar Xperia Z1, membawakan skrin bersaiz 4.3-inci TRILUMINOS, cip empat-teras 2.2GHz, kamera 20.7-megapixel, Android 4.3 Jelly Bean dan dilengkapi bateri berkapasiti 2300mAh. Telefon pintar ini turut membawakan ketahanan daripada air dan debu seperti peranti Xperia Z1 sebelum ini.

Ia tidak diketahui lagi berkenaan bilakah Sony Mobile Malaysia akan memperkenalkan peranti tersebut untuk pasaran tempatan. Daripada pengenalan beberapa peranti sebelum ini, seperti Xperia Z1 Ultra dan juga Xperia Z1, Malaysia merupakan antara negara terawal menerimanya, dan tidak mustahil untuk Xperia Z1 Compact turut diperkenalkan di Malaysia tidak lama lagi.

Harga jualan tempatan juga masih tidak diketahui lagi buat masa ini.

Jadi, adakah anda akan membuat pra-daftar untuknya?

Layari : Laman Pra-Daftar Xperia Z1 Compact


TIPS & ULASAN