Tiada Lagi Kemaskini Android Untuk HTC One X Dan X+

Diterbitkan pada Jan 14, 2014. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

HTC One X dan juga HTC One X+ merupakan dua peranti utama daripada HTC pada tahun 2012 yang lepas. Kali terakhir kita mendengar mengenainya adalah ketika pihak HTC memperkenalkan kemaskini Android 4.2.2 dan HTC Sense 5 pada bulan September 2013 yang lepas.

Daripada perkongsian hari ini, HTC dilihat mengesahkan kedua-dua peranti ini tidak lagi akan menerima kemaskini Android, sekaligus membuatkan ia akan hanya menerima kemaskini sehigga Android 4.2.2 sahaja.

Perkara ini mungkin mendukacitakan ramai pengguna mereka yang masih kekal menggunakan peranti berkenaan. Apa pun, bagi anda yang masih menggunakan peranti berkenaan dan ingin mencuba versi Android terkini, mungkin boleh menggunakan beberapa custom ROM yang terdapat untuknya hari ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami