Twitter Memperkenalkan Antaramuka Web Yang Baru Kepada Semua

Diterbitkan pada Jan 14, 2014. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada bulan November yang lepas, kami pernah berkongsi mengenai Twitter yang sedang menguji rekabentuk baru web mereka. Kini, selepas beberapa bulan, pihak Twitter telah pun mula memperkenalkannya secara rasmi untuk semua pengguna.

Twitter Web Baru

Antaramuka baru ini dikatakan Twitter selari dengan rekabentuk pada aplikasi iOS dan juga Android mereka. Twitter Web kini membawakan perubahan pada bahagian menu, dan juga sedikit perubahan pada bahagian tepi laman.

Beberapa ikon turut dilihat diubah – selari dengan penggunaan pada aplikasi mudah-alih.

Twitter juga turut menyertakan beberapa tetapan baru dalam memudahkan pengguna untuk mengubah paparan beberapa elemen mengikut kehendak mereka.

Antaramuka ini dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna bermula hari ini.

Jadi, apa kata anda berkenaan rekabentuk baru untuk Twitter web ini?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami