Dengan pelbagai desas-desus mengenai Nokia Normandy yang kedengaran akhir-akhir ini, kini @evleaksES sekali lagi berkongsi sebuah gambar baru yang memperlihatkan rekabentuk untuk halaman utama peranti berkenaan.
Daripada gambar baru ini, ia memperlihatkan Nokia Normandy akan ditawarkan dalam enam pilihan warna. Tetapi yang menariknya adalah rekabentuk halaman utama peranti berkenaan yang dilihat menyerupai MetroUI.
Nokia Normandy dikatakan akan menjalankan Android, dan memandangkan mungkin Microsoft turut terlibat sama dalam projek ini maka mungkin peranti ini menggunakan antaramuka seumpama MetroUI, sekaligus memudahkan pengguna sekiranya ingin beralih ke peranti berspesifikasi tinggi dengan fungsi sama – iaitu Lumia.
Peranti ini juga dilihat akan menggunakan dwi-SIM bersama-sama denganya, selain menyertakan aplikasi seperti Skype dan juga Nokia MixRadio. Mengikut spekulasi awal, ia dikatakan akan hadir pada bulan Mac kelak.
Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan peranti Nokia Normandy ini.