Sony Menambah Tawaran Peranti – Memperkenalkan Xperia T2 Ultra Dan Xperia E1

Sony Menambah Tawaran Peranti – Memperkenalkan Xperia T2 Ultra Dan Xperia E1

Diterbitkan pada Jan 14, 2014 oleh .

Sony hari ini memperkenalkan dua lagi telefon pintar baru, memfokuskan kepada negara-negara membangun. Dua peranti yang diperkenalkan adalah Xperia T2 Ultra yang mana merupakan sebuah peranti 6-inci, dan satu lagi adalah Xperia E1.

Xperia T2 Ultra

Xperia T2 Ultra boleh dikatakan sebagai telefon pintar keluarga phablet yang ditujukan kepada pengguna-pengguna baru dan inginkan phablet. Ia menyertakan skrin bersaiiz 6-inci dengan paparan 720p, dilengkapi cip empat-teras Snapdragon, memori 1GB RAM, kamera 13-megapixel dan juga bateri berkapasiti 3000mAh.

Xperia E1

Sementara Xperia E1 pula merupakan telefon pintar bersaiz 4-inci, menyertakan cip dwi-teras 1.2GHz, memori 512MB RAM, dan ruangan storan sebesar 4GB.

Kedua-dua peranti ini bakal ditawarkan dalam pilihan satu SIM dan dwi-SIM, serta menjalankan sistem operasi berasaskan Android. Tarikh ia akan tiba di pasaran tempatan masih tidak diketahui, dan harganya juga tidak dikongsikan pihak Sony.



TIPS & ULASAN