Google Kini Memudahkan Carian Gambar Berdasarkan Hak Penggunaan

Google Kini Memudahkan Carian Gambar Berdasarkan Hak Penggunaan

Diterbitkan pada Jan 14, 2014 oleh .

Carian gambar di Google sering digunakan ramai dan ada sesetengah pengguna yang mendapatkan gambar melaluinya untuk tujuan penggunaan semula dan sebagainya. Dalam proses tersebut ada antara pengguna yang melanggar hak penggunaan sesuatu gambar tersebut.

Kini, dalam proses memudahkan pengguna mencari gambar berdasarkan perlesenan ataupun hak penggunaan gambar tersebut, pihak Google telah mengemaskini enjin carian mereka, dan menyertakan sebuah menu khas.

Menu baru dinamakan “Usage Rights” diletakkan bersebelahan dengan pemilihan saiz dan warna yang sedia dipaparkan sebelum ini.

Fungsi “Usage Rights” ini sebelumnya terletak pada bahagian “Advance Search” yang mana mungkin tidak diketahui ramai. Mungkin dengan pengenalan ini, ia akan memudahkan lagi proses carian gambar berdasarkan kepada penggunaan sesuatu gambar tersebut.


TIPS & ULASAN