Carian
Sony Xperia Z2 Dikatakan Akan Diperkenalkan Pada Bulan Hadapan
January 14, 2014 Aman

Pada awal tahun lepas, pihak Sony telah memperkenalkan Xperia Z pada awal tahun dengan rekabentuk industri yang digemari ramai. Kini, beberapa ura-ura awal berkenaan Xperia Z2 mula kedengaran dan dikatakan akan dilancarkan pada bulan hadapan.

Perkara ini juga mungkin adalah sebab mengapa pihak Sony tidak memperkenalkan sebarang peranti utama mereka pada CES 2014 minggu lepas, dan hanya memperkenalkan variasi mini peranti mereka – Xperia Z1 Compact.

Mengikut ura-ura yang kedengaran, Xperia Z2 dikatakan bakal menyertakan skrin bersaiz 5.2-inci, kamera 20.7-megapixel, cip Snapdragon MSM9474AB, dan juga bateri berkapasiti 3700mAh.

Sekiranya benar, maka mungkin kita akan mendengar lebih lanjut berkenaan dengan peranti Xperia Z2 ini pada Mobile World Congress 2014 pada penghujung Februari ini kelak. Sama-sama kita nantikannya.

Komen