Radionomy Mengesahkan Pengambil-alihan Winamp Dan Shoutcast

Radionomy Mengesahkan Pengambil-alihan Winamp Dan Shoutcast

Diterbitkan pada Jan 14, 2014 oleh .

WinampRadionomy hari ini secara rasminya mengesahkan yang mana mereka akan mengambil-alih Winamp dan Shoutcast daripada AOL, sekaligus akan terus mengekalkan kedua-dua perkhidmatan tersebut.

Sebelum ini, AOL telah mengumumkan akan menamatkan Winamp pada bulan Disember lepas. Namun, selepas tarikh yang dijanjikan, perisian Winamp masih kekal ditawarkan sekaligus membawa kepada spekulasi pengambil-alihan.

Bagi yang tidak mengenali akan Radionomy, ia menawarkan sebuah platform membolehkan sesiapa sahaja untuk membuat radio dalam-talian mereka, dan pengambil-alihan Shoutcast semestinya akan amat menguntungkan mereka.

Dengan penyertaan Winamp, ia sekaligus memudahkan pengguna untuk mengakses lebih daripada 60,000 stesen radio internet melaluinya. Pihak Radionomy juga turut mengatakan mereka akan menambah-baik perisian dan sokongannya – selain membawa ia pada pelbagai platform.

Nilai transaksi yang terlibat dalam pemindahan ini antara AOL dan Radionomy tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak.


TIPS & ULASAN