Cari @ Amanz

Motorola bakal melancarkan Moto G untuk pasaran Malaysia esok – 16 Januari 2014. Sementara menantikannya, hari ini pihak Google turut menambah koleksi keluarga peranti Google Play Edition dengan menambah Moto G didalamnya.

Moto G

Bagi yang tidak mengenali akan peranti versi “Google Play Edition”, ia merupakan keluarga peranti yang membawakan versi Android asli tanpa sebarang perubahan daripada pengeluar. Pada masa yang sama, ia juga akan menerima kemaskini Android lebih awal berbanding pelbagai peranti lain di pasaran.

Seperti biasa, memandangkan ia ditawarkan melalui Google Play, maka peranti ini hanya terhad kepada pasaran Amerika Syarikat sahaja buat masa ini.

Google menyenaraikan Moto G (GPE) ini pada harga $179 (~RM583) untuk 8GB, dan juga $199 (~RM649) untuk 16GB.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd