Facebook Mungkin Memperkenalkan Perkhidmatan Seumpama Flipboard Tidak Lama Lagi

Facebook Mungkin Memperkenalkan Perkhidmatan Seumpama Flipboard Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Jan 15, 2014 oleh .

Facebook telah dikatakan sedia bereksperimen dengan sebuah fungsi baru memfokuskan kepada memudahkan pengguna mengikuti berita dan sebagainya. Setelah sekian lama tidak mendengar mengenainya, kini dikatakan Facebook mungkin akan melancarkannya dalam masa beberapa minggu lagi.

Perkhidmatan ini dikatakan akan dikenali dengan nama “Paper”, dan akan dioptimasikan untuk peranti mudah-alih. Paper ini dikatakan akan membawakan fungsi lebih kurang sama seperti Flipboard, tetapi pada masa yang sama turut memperlihatkan kemaskini daripada rakan-rakan Facebook yang lain.

Seperti biasa, pengenalan aplikasi ini dijangka akan terus menambah pengguna aktif pada perkhidmatan tersebut, disamping pada masa yang sama membawakan pendapatan tambahan untuk perkhidmatan tersebut melalui pengiklanan.

Apa pun, sama-sama kita nantikan pengenalan fungsi baru ini daripada Facebook tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN