Hari ini, AMD (Advanced Micro Devices) secara rasminya memperkenalkan APU generasi baru mereka untuk komputer, dinamakan “Kaveri” dan hadir dengan sokongan HSA (Heterogeneous System Architecture).
Bagi yang tidak mengenali akan APU, ia mengabungkan grafik dan juga pemprosesan utama dalam cip yang sama. Kaveri membawakan penggunaan sehingga 12 teras (4 CPU dan juga 8GPU), dimana AMD A10-7850K APU mengabungkan cip CPU empat-teras dan Radeon R7 dalam satu. Selain AMD A10-7850K yang membawa kepantasan sehingga 4.0GHz dalam mod Turbo, pihak AMD turut menawarkan A10-7700K pada kelajuan 3.8GHz dalam mod Turbo.
Dengan penggunaan HSA pula, ia GPU mengakses memori dan membuat tugasan tanpa perlu menantikan data daripada CPU terlebih dahulu. Perkara ini sekaligus membawakan kepada prestasi yang lebih baik dan pada masa yang sama menjimatkan tenaga. Namun, sehingga pembangun perisian mengimplementasikannya, kesan mungkin tidak kelihatan.
Buat masa ini, kami masih tidak mengetahui akan harga jualan cip APU terbaru daripada AMD ini untuk pasaran Malaysia, dan mungkin ia akan diumumkan oleh pengeluar cip berkenaan tidak lama lagi.