Chrome 32 Hadir Dengan Beberapa Fungsi Baru – Termasuk Mod Windows 8 Metro

Chrome 32 Hadir Dengan Beberapa Fungsi Baru – Termasuk Mod Windows 8 Metro

Diterbitkan pada Jan 15, 2014 oleh .

Hari ini, Google memperkenalkan kemaskini untuk pelayar web mereka bagi saluran stabil, dimana Chrome 32 diperkenalkan kepada umum, sekaligus menyertakan beberapa fungsi baru bersama-sama dengannya.

Chrome Windows 8

Melalui Chrome 32, pihak Google kini memperlihatkan sebuah notifikasi pada tab, sekiranya sesuatu web yang dibuka pada tab berkenaan memainkan bunyi, video, atau mengakses webcam. Ia sekaligus memudahkan pengguna untuk mematikan tab yang mengeluarkan bunyi – atau memberikan perhatian untuknya.

Selain daripada itu, Chrome 32 juga kini membawakan mod Metro khas untuk pengguna Windows 8, membawakan rekaan antaramuka seumpama Chrome OS melaluinya.

Sekuriti Chrome 32 juga terus ditambah baik, dimana ia kini menghalang fail-fail berbentuk malware secara automatik daripada dimuat-turun.

Bagi pengguna Chrome, anda akan menerima kemaskini ini secara automatik, ataupun turut boleh memuat-turunnya ia secara percuma untuk Windows, Mac dan Linux hari ini.


TIPS & ULASAN