Lenovo Vibe X Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM1299

Lenovo Vibe X Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM1299

Diterbitkan pada Jan 15, 2014 oleh .

Lenovo Malaysia hari ini telah memperkenalkan satu lagi telefon pintar mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Lenovo Vibe X. Untuk makluman, beberapa penjual tempatan telah menjualnnya, dan di Malaysia, Lenovo meletakkan harga jualan saranannya pada RM1299.

Lenovo Vibe X

Lenovo Vibe X merupakan telefon pintar dengan skrin bersaiz 5-inci (HD penuh), dilengkapi cip pemprosesan empat-teras 1.5Ghz, memori 2GB RAM, dan juga kamera 13-megapixel pada bahagian belakang.

Lenovo Vibe X membawakan rekaan yang amat nipis dan ringan, serta menjalankan sistem operasi Android 4.2 Jelly Bean. Pihak Lenovo juga dilihat turut memfokuskan kepada merakamkan gambar selfie menggunakannya.

Di Malaysia, Lenovo Vibe X akan dijual pada harga RM1299.


TIPS & ULASAN