Pembangun Ked.ai Hadir Dengan Pasar Pertukaran Bitcoin – CoinsMalaysia

Pembangun Ked.ai Hadir Dengan Pasar Pertukaran Bitcoin – CoinsMalaysia

Diterbitkan pada Jan 15, 2014 oleh .

Ked.ai merupakan salah satu laman jual-beli di Malaysia, menyediakan platform menghubungkan para penjual dan pembeli, selain menyediakan pengalaman penggunaan yang berbeza dengan beberapa perkhidmatan lain.

coins-malaysia

Baru-baru ini, Ked.ai telah pun mengimplementasikan sokongan penerimaan pembayaran menggunakan Bitcoin, sekaligus menjadi yang terawal di Malaysia menambah sokongan tersebut.

Dan dengan ramai yang kini mempunyai Bitcoin, semestinya anda turut mencari tempat untuk menjual ataupun menambah koleksi Bitcoin. Untuk memudahkannya, pembangun Ked.ai kini turut hadir dengan sebuah marketplace dinamakan CoinsMalaysia.

Buat masa ini, ia masih lagi baru dan penggunaannya masih rendah. Tetapi tidak mustahil sekiranya penggunaan Bitcoin diterima ramai di Malaysia, perkhidmatan CoinsMalaysia ini mungkin menerima kesan positif daripadanya.

BNM : Bitcoin tidak diiktiraf di Malaysia


TIPS & ULASAN