Cari @ Amanz

Asus Malaysia Menyenaraikan Padfone Mini Pada Harga RM1249 Pada Katalog Januari

Oleh Aman

Link Copied!

Asus Malaysia sering hadir dengan katalog bulanan, menyenaraikan produk mereka bersama-sama dengan harga jualannya. Menariknya, terkini, melalui katalog bulan Januari-Februari, mereka menyenaraikan Padfone Mini untuk pasaran Malaysia pada harga RM1249.

Asus Padfone Mini

Asus Padfone Mini membawakan gabungan dua peranti dalam satu, iaitu telefon dan juga tablet. Untuk bahagian telefon, ia dilengkapi dengan skrin bersaiz 4.3-inci (960×540 pixel), cip pemprosesan Snapdragon 400 1.4GHz, memori 1GB RAM, ruangan storan 16GB, kamera hadapan 2-megapixel dan kamera belakang 8-megapixel. Ia turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 1500mAh pada bahagian telefon.

Untuk bahagian dock tablet pula, ia membawakan paparan 7-inci dengan resolusi 1280×800 pixel. Bahagian ini yang dipanggil Asus Padfone Mini Station turut menyertakan bateri tambahan 2200mAh.

Padfone Mini ini disenaraikan pada harga RM1249. Namun, ia masih terdapat kemungkinan untuk pihak Asus Malaysia mengubah harganya sebelum ia dijual kepada umum. Bilakah ia akan dijual masih tidak diketahui lagi.


Komen ()