HP Akan Melancarkan Phablet 6-inci Berasaskan Android – Slate 6

HP Akan Melancarkan Phablet 6-inci Berasaskan Android – Slate 6

Diterbitkan pada Jan 15, 2014 oleh .

Hewlett-Packard sedia dikatakan akan memasuki arena telefon pintar berasaskan Android, dan hari ini mereka memperkenalkan sebuah phablet baru berasaskan Android, dinamakan sebagai Slate 6. Peranti ini bakal ditawarkan pada Februari bermula di pasaran India.

HP Slate 6

HP Slate 6 ini dikatakan menggunakan cip empat-teras (tidak diketahui sama ada Qualcomm, MediaTek atau sebagainya), skrin bersaiz 6-inci dengan paparan 1280×720 pixel, ruangan storan 16GB dan hadir dengan sokongan ruangan mikro-SD. Phablet ini turut membawakan stereo pada bahagian hadapan, dan kamera 2-megapixel pada bahagian hadapan dan kamera 5-megapixel pada bahagian belakang.

Dari gambar yang dikongsikan, ia dilihat pihak HP membawakan perubahan yang minima pada antaramuka Android – sama seperti pada Slate 7 sebelum ini.

Harga dan info lanjut berkemungkinan akan dikongsikan pada bulan Februari kelak.


TIPS & ULASAN