Cari @ Amanz

Nama Telenor mungkin bukan sesuatu yang asing bagi pengguna tempatan, apatah lagi dengan pegangan mereka pada syarikat telekomunikasi DiGi. Kini, dalam usaha untuk memperluaskan portfolio mereka, ia dilihat mereka telah melakukan pelaburan dan mengambil pegangan sebanyak 33% di 701Search.

Untuk pengetahuan, 701Search merupakan syarikat disebalik beberapa laman jual-beli atas-talian sekitar Asia Tenggara, termasuk Mudah.my di Malaysia.

Telenor dipetik oleh DigitalNewsAsia, mengatakan dengan kadar pertumbuhan positif dalam dunia mudah-alih, perkhidmatan digital merupakan sesuatu yang penting. Selain membantu Telenor secara strategik, pelaburan bernilai $245.8 juta (~RM808 juta) turut akan membantu 701Search, apatah lagi mereka kini boleh mempromosikannya dengan mudah dikalangan pengguna perkhidmatan mudah-alih Telenor sekitar Asia Tenggara ini.

Pelaburan ini juga membolehkan CEO DiGi semasa untuk menjadi sebahagian daripada ahli lembaga pengarah untuk 701Search, yang akan menjadi wakil untuk Telenor Group pada syarikat berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd